Tentang Kami

Selamat Datang ke Yafi House by Qistina

Yafi House by Qistina menawarkan ruang penginapan yang selesa dan praktikal di sekitar Kota Kinabalu dan Putatan, Sabah.

Temui penginapan yang selesa, lengkap dan praktikal untuk percutian keluarga, perjalanan bersama raka, urusan kerja atau kunjungan singkat ke Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya.

Yafi House by Qistina menawarkan dua pilihan penginapan di sekitar Kota Kinabalu - sebuah apartment moden di Vetro 11 dan rumah teres dua tingkat yang luas di Taman Desa Seri Ketiau, Putatan.

[Explore Our Stays]

Pilihan Penginapan Untuk setiap Keperluan

🏢Yafi House @ Vetro 11, Kota Kinabalu

Apartment yang selesa dan moden, sesuai untuk pasangan, keluarga kecil, rakan-rakan atau tetamu yang datang untuk urusan kerja.

3 Bilik Tidur | 1 bilik Air | Maksimum 6 Tetamu

Terletak bersebelahan Hospital Queen Elizabeth 1 dan berhampiran Imago Shopping Mall, Muzium Negeri Sabah, Pantai Tanjung Aru serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

[View Vetro 11]

🏡Yafi House @ Taman Desa Seri Ketiau, Putatan

Rumah teres dua tingkat yang luas dan lengkap, sesuai untuk keluarga besar, kumpulan rakan-rakan, rombongan atau tetamu yang memerlukan ruang yang lebih luas.

5 Bilik Tidur | 3 Bilik Air | Maksimum 15 Tetamu 

Dengan ruang tamu, ruang membaca, dapur lengkap, ruang makan, kemudahan dobi dan parking persendirian, rumah ini direka untuk memberikan pengalaman menginap yang lebih seperti di rumah sendiri.

[View Taman Desa Seri Ketiau]

Kenapa Menginap Dengan Yafi House?

🏡 Selesa

Ruang yang direka untuk memberikan pengalaman menginap yang selesa dan praktikal.

✨ Lengkap

Kemudahan asas seperti WiFi, penghawa dingin, dapur, kemudahan dobi dan kelengkapan bilik disediakan.

📍 Lokasi Strategik

Pilihan penginapan kami berada berhampiran pelbagai kemudahan, tarikan dan lokasi penting di sekitar Kota Kinabalu dan Putatan.

💬 Sokongan Tetamu

Kami sentiasa berusaha membantu tetamu sebelum dan sepanjang tempoh penginapan.

❤️ Pengalaman Yang Lebih Peribadi

Sebagai penginapan berskala kecil, kami menghargai setiap tetamu dan setiap pengalaman yang mereka kongsikan.

Kota Kinabalu Menanti Anda

Sama ada anda datang untuk menikmati makanan tempatan, meluangkan masa bersama keluarga, menjalankan urusan kerja atau meneroka keindahan Sabah, Yafi House menyediakan ruang yang selesa untuk anda berehat selepas seharian beraktiviti.

Datang sebagai tetamu. Pulang dengan kenangan.

Selamat Datang ke Yafi House by Qistina!

[Explore Our Stays]

[Contact Us]